Program Kecemerlangan Zon Timur




Sebagai menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang tiba, guru-guru Zon Timur telah merancang dan telah melaksanakan satu program pada 20,21,22 dan 23 Julai yang dinamakan Program Kecemerlangan Zon Timur.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan persediaan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Terdapat empat slot utama yang mewakili empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.Setiap slot menampilkan fasilitator yang telah dilipilih khas untuk memastikan pelajar memperoleh sebanyak mungkin tips dan kaedah-kaedah yang akan membantu mereka ketika menjawab soalan peperiksaan nanti.Selain slot akademik, terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan seperti senam robik, persembahan, "recal" dan banyak lagi untuk memberi keseimbangan dari segi aspek jasmani, esmosi, rohani dan sosial.Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan seperti yang telah dirancang dan telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang, En. Abdul Razak bin Abdul Karim.

Sekitar Minggu Panitia



Program panitia merupakan satu perancangan sekolah yang telah dimasukkan dalam kalendar sekolah.Sempena dengan itu, pihak panitia dengan kerja sama guru -guru telah berusaha untuk menghidupkan dan melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah kuiz yang melibatkan semua pelajar iaitu tahap 1 dan tahap 2. Pelajar yang berjaya mendapat markah yang tinggi dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah sebagai satu suntikan semangat kepada pelajar-pelajar yang lain. Semoga program seperti ini akan sentiasa berterusan pada masa - masa yang akan datang...."Beyond The Ordinary".

MSSZT


Sukan merupakan elemen yang semakin dititik berat oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.Sebagai menyahut seruan kementerian,semua pihak bermula dari kementerian sendiri sehinggalah ke peringkat sekolah telah berusaha untuk merealisaikan impian ini.Selaras dengan itu,pihak sekolah tidak ketinggalan menghantar peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan peringkat Zon Timur yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Meligan selama 2 hari.Segala yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai objektif yang telah ditetapkan walaupun cuaca kurang mengizinkan.Secara keseluruhannya,SK Kelangsat telah mendapat tempat Keempat daripada tujuh buah sekolah yang terlibat yang mana tempat pertama dikuasai oleh SK Long Pasia,tempat kedua SK Mendulong manakala tempat ketiga ialah SK Meligan selaku tuan rumah.

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kelangsat terletak kira-kira 55km dari Pekan Sipitang. Kira-kira 96 peratus penduduk yang mendiami kampung ini adalah suku kaum Murut dan selebihnya adalah bangsa lain.

Pekerjaan penduduk kampung ini kebanyakannya bekerja sendiri dan ada juga yan bekerja sebagai penoreh getah di Lembaga Tabung Getah Mendulong.

Semua penduduk kampung ini hampir 100 peratus beragama Kristian dan berpegang kepada kebudayaan serta adat resam sejak zaman nenek moyang mereka.

Kampung ini berjiran dengan dua buah kampung lain iaitu Kampung Pengarawan di sebelah Timurnya, manakala Kampung Sungai Iteh di sebelah Selatannya. Anak-anak dari tiga buah kampung inilah yang belajar di SK Kelangsat.

Penduduk di sini sering mengunjungi tamu di Pekan Sipitang dan kenderaan yang mereka naiki adalah lori balak atau Land Cruiser milik syarikat-syarikat pembalakan yang beroperasi di kem-kem balak berhampiran kampung ini.

Bangunan baru SK Kelangsat telah dibina pada bulan Februari 1992. Sejarah awal proses persekolahan murid di tiga buah kampung ini adalah di bangunan balai raya Kampung Kelangsat yang beroperasi pada Januari 1990 sehinggalah bulan Mei tahun yang sama. Penubuhan sekolah (balai raya) yang diasaskan oleh En. Andapit Lawat yang ketika itu menjadi Pengerusi JKKK Kampung Kelangsat.

Ketika itu SK Kelangsat mempunyai 34 orang murid yang terdiri daripada Tahun 1, 2 dan 3 sahaja. Murid-murid ini diajar oleh seorang guru iaitu Guru Kemas yang bernama En. Angkupi Ambor dan dibantu seorang penduduk kampung yang sama. Di atas kesedaran penduduk kampung untuk melihat anak-anak mereka dapat belajar, penuduk kampung bersepakat untuk menggaji guru berkenaan dengan bayaran RM5 bagi setiap orang murid setiap bulan.

Dengan usaha gigih Pengerusi JKKK, murid-murid dipindahkan ke satu bangunan yang lebih baik iaitu bangunan bekas kuari batu yang dibahagikan kepada 3 buah bilik darjah. Penubuhan SK Kelangsat telah didaftarkan dan Kementerian Pendidikan (PPD Sipitang) telah mengarahkan En. Peter Sudai Agung yang ketika itu bertugas di SK Kebawang mengambil alih tugas Guru Kemas. Ia bermula pada bulan Jun 1990. Setelah tiga bulan mengajar seorang diri, guru sandaran seramai tiga orang telah dihantar untuk membantu beliau. Bermula dari situ murid SK Kelangsat bertambah kerana murid dari SK Kebawang juga telah berpindah ke SK Kelangsat.
 
Laman Utama | Galeri Gambar | Tutorials | Buletin| Tentang SKKelangsat | Hubungi

Penafian: SK Kelangsat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Copyright © 2009 SK Kelangsat |Designed by enzo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net